Friday 11 March 2011

iphone 5

Gajet telekomunikasi iphone bukan sahaja menjadi fenomena baru akan tetapi sudah menjadi kegilaan bagi penggemar teknologi, bagaikan tidak sempurna jika tidak memiliki produk telekomunikasi dari apple ini,dan disebabkan kegilaan ini iphone menjadi produk telekomunikasi yang meletup dipasaran dunia untuk segmen telefon pintar.

Bermula dari iphone edisi pertama seterusnya iphone 3G, seterusnya iphone 3GS dan yang terbaru iphone 4. Kesemua produk ini berevolusi dari segi kecekapan telefon dan teknologi yang digunakan.Sememangnya setiap generasi iphone akan ada penambahbaikan, akan tetapi setiap evolusi yang dilakukan apple tidaklah terlalu banyak, cuma sedikit perubahan untuk menjadikan telefon ini lebih baik.

Akan tetapi ada rumors yang memberitahu bahawa apple akan mengeluarkan lagi telefon baru iaitu iphone 5, telefon ini katanya akan melalui perubahan yang ketara dari segi teknologi dan rupa bentuk. Dari sumber maklumat terbaru kemungkinan iphone 5 akan dikeluarkan pada penghujung Julai atau lebih awal, bagi kita di Malaysia dua bulan selepas itu barulah iphone 5 akan berada di pasaran Malaysia.

Kita nantikanlah sahaja kemunculan teknologi terbaru ini di pasaran.



 

No comments:

Post a Comment