Saturday 12 March 2011

celcom akan melancarkan iphone

Ini berita yang amat menggembirakan buat penggemar telefon pintar, celcom buat pertama kalinya telah membida iphone dari syarikat teknologi apple, dan dikatakan celcom akan mengelurkan iphone versi baru selapas iphone 4. Ini akan membuatkan persaingan yang sihat antara syarikat telekomunikasi di Malaysia, semestinya pasti akan berlaku perperangan untuk pelan iphone dari ketiga-tiga syarikat telekomunikasi iaitu maxis, digi dan celcom. Yang pastinya maxis dan celcom akan bersaing hebat bagi menyediakan pelan yang paling flexible untuk pengguna.

Dijangkakan maxis dan celcom akan melancarkan iphone 5 pada waktu yang sama dan pre-booking untuk iphone 5 juga akan diadakan seawal bulan julai tahun ini.

Friday 11 March 2011

iphone 5

Gajet telekomunikasi iphone bukan sahaja menjadi fenomena baru akan tetapi sudah menjadi kegilaan bagi penggemar teknologi, bagaikan tidak sempurna jika tidak memiliki produk telekomunikasi dari apple ini,dan disebabkan kegilaan ini iphone menjadi produk telekomunikasi yang meletup dipasaran dunia untuk segmen telefon pintar.

Bermula dari iphone edisi pertama seterusnya iphone 3G, seterusnya iphone 3GS dan yang terbaru iphone 4. Kesemua produk ini berevolusi dari segi kecekapan telefon dan teknologi yang digunakan.Sememangnya setiap generasi iphone akan ada penambahbaikan, akan tetapi setiap evolusi yang dilakukan apple tidaklah terlalu banyak, cuma sedikit perubahan untuk menjadikan telefon ini lebih baik.

Akan tetapi ada rumors yang memberitahu bahawa apple akan mengeluarkan lagi telefon baru iaitu iphone 5, telefon ini katanya akan melalui perubahan yang ketara dari segi teknologi dan rupa bentuk. Dari sumber maklumat terbaru kemungkinan iphone 5 akan dikeluarkan pada penghujung Julai atau lebih awal, bagi kita di Malaysia dua bulan selepas itu barulah iphone 5 akan berada di pasaran Malaysia.

Kita nantikanlah sahaja kemunculan teknologi terbaru ini di pasaran.